suria

Psy Bakal Tampil Di Pentas Akhir American Idol

Psy
Psy
Psy

PROGRAM realiti televisyen American Idol bakal mengundang bintang K-Pop popular Psy pada pertandingan akhir program tersebut.

Pihak pengurusan Psy, YG Entertaiment sendiri telah menyatakan perkara tersebut dan bintang yang popular dengan lagu Gentleman ini akan tampil dengan gaya baru.

"Pada final American Idol Musim 12 yang akan dilangsungkan di California, Psy akan tampil dengan lagu Gentleman pada 16 Mei ini. Kerana ia siaran langsung dan Psy akan tampil lebih dramatik," ujar wakil pengurusannya.

Sebelum ini, American Idol pernah menampilkan penyanyi Rihanna, Jennifer Lopez, Beyonce dan Lady Gaga.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain