suria

Apa Guna Popular Jika Tidak Bantu Orang - Leonardo DiCarprio

Leonardo DiCarprio
Leonardo DiCarprio
Leonardo DiCarprio

AKTOR Leonardo DiCarprio menyifatkan kemasyhuran seseorang selebriti tetapi mereka tidak membuat sebarang kebajikan dalam usaha membantu masyarakat dianggap sebagai manusia yang tidak berguna.

Menurut laporan femalefirst.co.uk, pelakon berusia 38 tahun itu tidak mempercayai konsep kehidupan selebriti yang serba glamor.

"Pendapatan lakonan yang saya peroleh selama ini telah memberikan saya peluang membuat beberapa projek yang saya minati dan selebihnya saya berikan kepada golongan yang memerlukan.

"Apabila kita memberi sebahagian pendapatan tanpa ragu-ragu, ia juga membuatkan diri lebih bahagia daripada segala-galanya.

"Apabila menceburi dunia seni hiburan, saya dapati kemasyhuran seseorang itu sebenarnya kosong dan tidak berguna jika mereka tidak melakukan sesuatu yang memberi kebaikan untuk semua," kata Leonardo.

Artikel Lain