suria

Lindsay Lohan Mahu Ambil Anak Angkat

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

AKTRES Lindsay Lohan meluahkan hasrat untuk mengambil seorang anak angkat sebelum mempunyai anak kandung sendiri.

"Saya sukakan kanak-kanak. tetapi saya mahu mengambil seorang anak angkat dahulu. Bukan kerana mahu mengikut 'trend', tetapi ingin mengurangkan bilangan anak-anak yatim.

"Selepas itu, barulah saya fikirkan untuk melahirkan anak sendiri pula. Mungkin tiga atau empat orang anak," katanya kepada portal Contactmusic.

Lohan bagaimanapun belum mahu menjalinkan sebarang komitmen dengan mana-mana lelaki bagi memberi fokus terhadap karier lakonannya.

"Sekarang ini saya sedang keluar dengan seorang penerbit bernama Mo. Haha... bukanlah... rasanya belum masa lagi untuk saya menjalinkan hubungan serius. Saya lebih banyak berkawan.

"Ramai yang berkata tentang perhubungan cinta saya dengan Mo, tetapi kami hanya berkawan.

"Malah saya juga keluar dengan lelaki lain. Jujurnya saya tidak terlalu kisah dengan hal-hal cinta. Saya mahu fokus pada kerja selama setahun dan barulah memikirkan tentang komitmen atau berkahwin terus," katanya.

Artikel Lain