suria

Lindsay Lohan Bawa 270 Baju Ke Pusat Pemulihan

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

LINDSAY Lohan telah membuat persiapan membawa sebanyak 270 pasang baju untuk ke pusat pemulihan Seafield Center, Hamptons, Amerika Syarikat, tidak lama lagi.

Menurut laporan portal Dailymail, bintang yang penuh dengan masalah sosial itu mahu tampil kemas dan cantik meskipun berada di pusat pemulihan.

Ratusan pasang baju telah dipaparkan Lindsay menerusi akaun Instagram miliknya. Katanya dia akan menggantikan bajunya sebanyak tiga kali sehari.

Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap Lindsay dengan menghantar pelakon itu ke pusat pemulihan selama 90 hari kerana tindakannya berbohong kepada pihak polis.

Lindsay telah menipu pihak polis kononnya bukan dia yang memandu kereta sehingga mengakibatkan kemalangan pada tahun 2012, sedangkan dia yang melakukan kesalahan tersebut.

Artikel Berikut

Artikel Lain