suria

Sein Berasa Lega 'Langgar' Kutip RM1.5 Juta

Sein lega filem pertamanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM1.5 juta selepas seminggu ditayangkan.
Sein lega filem pertamanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM1.5 juta selepas seminggu ditayangkan.
Sein lega filem pertamanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM1.5 juta selepas seminggu ditayangkan.

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi, Sein (Ruffedge) berasa lega apabila filem arahan pertamanya berjudul Langgar berjaya mengutip RM1.5 juta selepas seminggu ditayangkan.

Sein atau nama sebenarnya Syed Hussein Syed Mustafa, 30, berkata, sebagai pengarah baru yang tiada pengalaman mengarah sebelum ini kepercayaan penonton terhadap karyanya membuatkan dia teruja dengan angka tersebut.

"Alhamdulillah... saya lega kerana pada awalnya agak risau juga sebab filem itu diklasifikasikan untuk tonton 18 tahun ke atas dan mungkin akan memberi kesan kepada kutipan.

"Harap-harap angka tersebut akan terus meningkat untuk baki beberapa hari tayangan lagi," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Filem genre aksi itu menampilkan pelakon seperti Adi Putra, Namron, Hans Isaac, Khir Rahman dan Natasha Hudson. Ia mula ditayangkan pada 11 April lalu.

Dalam pada itu, Sein berkata, dia bersyukur apabila penonton banyak memberi maklum balas yang baik terhadap filem itu.

Jelas Sein, usahanya untuk memberikan kelainan dalam filem aksi nyata berbaloi apabila ia dapat diterima ramai.

"Segala usaha yang dibuat sebelum ini rasanya telah terbayar dengan sokongan dan penerimaan penonton terhadap Langgar apatah lagi untuk pengarah baru seperti saya," ujarnya.

Sementara itu, Sein berkata, dia bakal kembali mengarahkan sebuah filem terbaharu menjelang Ogos depan dan kini sedang dalam peringkat pra produksi untuk karyanya itu.

"Insya-Allah jika semuanya berjalan lancar pada bulan Ogos kita akan mulakan penggambaran dan filem terbaharu ini nanti akan menjanjikan kelainan," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut