suria

Daus (AF8) Jual Pakaian Kerana Bimbang Kerjaya Jatuh

Daus bakal muncul dengan album mini tidak lama lagi. Foto SAM THAM
Daus bakal muncul dengan album mini tidak lama lagi. Foto SAM THAM
Daus bakal muncul dengan album mini tidak lama lagi. Foto SAM THAM

SHAH ALAM: Penyanyi yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Daus, mengakui dia dapat melihat perjalanan karier nyanyiannya semakin perlahan sejak akhir-akhir ini.

Daus atau nama sebenarnya Muhd Shahril Firdaus Eli, 25, berkata, keadaan itu membuatkan dia risau sekiranya dia terus 'jatuh' dalam industri seni tanpa sebarang perancangan lain.

"Sekarang ini penyanyi tumbuh bak cendawan. Pada masa sama ramai yang meningkat naik dan ada juga yang tersungkur.

"Saya takut jatuh sehingga tidak dapat menampung kehidupan. Jadi saya perlu membuat perancangan lain agar dapat terus 'hidup' dan berjaya. Saya yakin, selagi ada usaha, selagi itu lah kejayaan akan menunggu," katanya.

Kerana itu, tambah Daus, dia mengambil langkah baru menerusi bidang perniagaan dengan menjual pakaian wanita dan kek menerusi label Dania Wardrobe & cake House.

"Diakui perjalanan karier saya agak perlahan. Mujurlah sebelum ini saya dah rancang untuk menjalankan sebuah perniagaan memandangkan saya pun pernah belajar pengurusan perniagaan di Politeknik Kuching, Sarawak.

"Jadi saya aplikasikan dengan apa yang telah dipelajari ke dalam perniagaan baru saya ini.

"Lagipun, jika mahu difikirkan balik, sampai bila kita dapat bertahan untuk jadi artis bukan? Tidak semua sebenarnya," ujarnya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kenapa itu memberitahu, barangan jualannya boleh di dapat menerusi laman sosial Facebook, Instagram dan Twitter.

Dalam perkembangan lain, Daus kini sedang giat menyiapkan rakaman album mini pertamanya di bawah KRU Studios.

Album berkonsepkan muzik gipsi itu dijangka memuatkan enam buah lagu dan bakal diterbitkan dalam masa terdekat.

"Walaupun pergerakan karier nyanyi semakin perlahan, tetapi saya belum mengalah di bidang ini. Saya tetap cuba untuk membuktikan kebolehan saya dalam industri muzik.

"Tidak lama lagi, saya akan muncul dengan ‘single’ lagu terbaru iaitu Mungkin Seribu Rasa sebulan Julai ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain