suria

Christina Aguilera Beli Banglo RM30 Juta

Christina membeli sebuah rumah mewah bernilai RM30 juta.
Christina membeli sebuah rumah mewah bernilai RM30 juta.
Christina membeli sebuah rumah mewah bernilai RM30 juta.

PENYANYI Christina Aguilera dilaporkan telah membeli sebuah banglo mewah berharga AS$10 juta (RM30 juta) berdekatan dengan kediaman pelakon bermasalah Charlie Sheen.

Menurut portal TMZ, rumah mewah itu terletak di Mulholland, Calirfornia yang mempunyai enam buah bilik, lapan bilik air serta turut dilengkapi kolam renang dan spa.

Bagaimanapun menurut sumber terdekat penyanyi itu, beliau mungkin akan berasa terganggu dengan jirannya Charlie yang terkenal dengan perangai suka menimbulkan masalah di kawasan kejiranan tersebut.

Christina sebelum ini telah menjual kediamannya di Beverly Hills yang dibeli daripada pasangan Sharon dan Ozzy Osbourne.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain