Afdlin Ajak Bantu Palestin Menerusi Kad Prabayar Tune Talk - Hiburan | mStar

Afdlin Ajak Bantu Palestin Menerusi Kad Prabayar Tune Talk

Afdlin Shauki (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi, Tune Talk iaitu Jason Lo menunjukkan kad prabayar bagi membantu rakyat Palestin.
Afdlin Shauki (kanan) bersama Ketua Pegawai Operasi, Tune Talk iaitu Jason Lo menunjukkan kad prabayar bagi membantu rakyat Palestin.

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan prabayar Tune Talk bersama pelakon Afdlin Shauki telah melancarkan kad prabayar ‘Bebaskan Palestin’ bagi membantu masyarakat yang hidup dalam kesengsaraan di negara itu.

Kad berkonsepkan 'guna dan derma' itu merupakan kad tambah nilai RM30 untuk kegunaan sebulan yang membolehkan pembeli mendapat RM3 untuk disumbangkan kepada tabung amal Palestin tanpa menolak nilai kredit kad tersebut.

Afdlin yang merupakan jurucakap kad prabayar itu berkata, menerusi pembelian tersebut, pembeli akan menerima manfaat penggunaan kadar rendahnya sekali gus membuat amal kebajikan dengan mudah.

"Saya gembira apabila Tune Talk sanggup turun padang bagi membantu rakyat Palestin.

"Menerusi wang sumbangan tersebut ia akan disampaikan ke negara itu melalui Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aqsa Syarif Berhad.

"Saya berharap agar orang ramai mengambil peluang ini bagi membantu golongan yang menderita itu," katanya yang juga merupakan duta rasmi pertubuhan tersebut.

Afdlin ditemui pada sidang media pelancaran kad berkenaan di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Rabu.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, Jason Lo pula berkata, kad prabayar berkenaan merupakan projek pertama Tune Talk dalam usaha menderma dan memberi bantuan kepada rakyat Palestin.

"Ini juga merupakan tanggungjawab sosial korporat syarikat ini dalam membantu golongan yang memerlukan.

"Setakat ini kami menyasarkan sebanyak 100,000 pengguna yang akan membeli kad ini dalam masa sebulan.

"Sekiranya sasaran itu berjaya, sumbangan sebanyak RM300,000 setiap bulan dapat diberikan kepada rakyat Palestin," ujarnya.

Hadir sama pada sidang media tersebut ialah Pengarah Aqsa Syarif, Profesor Dr Hafizi Mohd Noor.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artis Sambut Baik Pengumuman Rasmi Najib

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain