suria

Simon Cowell Teringin Menang Oscar

Simon Cowell
Simon Cowell
Simon Cowell

BEKAS juri American Idol iaitu Simon Cowell mengakui teringin meraih penghargaan dalam dunia seni Hollywood dengan menggenggam sebuah Oscar.

Menurut laporan The Mirror, dia sanggup menyertai bidang perfileman dengan bekerjasama dengan pelbagai orang tidak kira para pelakon mahupun kru penerbitan filem.

"Saya tidak berbohong. Saya selalu berangan menerima Oscar untuk filem yang saya terlibat.

"Harap-harap angan-angan saya itu benar-benar terjadi," katanya.

Simon kini berada di England bagi menjayakan program Britain's Got Talent musim terbaharu di ITV bersama-sama juri lain iaitu Alesha Dixon dan Amanda Holden.

Artikel Lain