suria

Isteri Yahya Sulong Meninggal Dunia

Alisah Ali
Alisah Ali
Alisah Ali

PETALING JAYA: Datin Alisah Ali meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dekat sini kira-kira pukul 8 pagi Jumaat, dua bulan selepas kematian suaminya pelawak Datuk Yahya Sulong.

Berita itu disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi ketika di hubungi mStar Online pagi Jumaat.

Alisah, 64, meninggal dunia akibat penyakit kanser paru-paru yang dihidapinya sejak sekian lama.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Bandar Baru Sentul berdekatan rumahnya di Flat Sri Perak, untuk disembahyangkan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Batu Muda, Batu Caves, dekat sini selepas solat Jumaat.

Alisah dan Yahya semasa hayatnya hidup dalam keadaan daif dan mengharapkan bantuan Baitulmal dan wang pencen bekas salah seorang isteri Yahya masing-masing sebanyak RM400 sebulan bagi menyara kehidupan mereka.

Yahya meninggal dunia di hospital yang sama pada 6 Februari lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma dan dikebumikan di kampung halamannya di Teluk Intan, Perak.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain