suria

Justin Bieber Marah Ibu Gara-Gara Tatu

Justin Bieber
Justin Bieber
Justin Bieber

PENYANYI Justin Bieber bertengkar dengan ibunya, Pattie Mallette gara-gara remaja tersebut menambah lagi lakaran tatu pada badannya.

Seperti dipetik ShowbizSpy pada Rabu, selepas mengukir tatu berbentuk burung hantu, Justin menambah lagi koleksi tatu berbentuk huruf X di lengan kirinya.

Sebelum ini, Justin dilaporkan telah berjanji dengan ibunya untuk tidak menambah tatu di mana-mana bahagian badannya.

Ibunya menzahirkan perasaan kesal dalam salah satu program bual bicara sambil menunjukkan gambar terbaharu penyanyi tersebut.

Bagaimanapun, Justin kecewa dengan tindakan ibunya dan bertindak memarahi wanita tersebut.

"Tidak usah bercakap berkenaan tatu lagi, ini adalah tubuh ku," ujar Justin.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain