suria

Lindsay Lohan Tertekan Sesi Pemulihan Dadah

PELAKON Lindsay Lohan mengaku jemu dan tertekan dengan sesi pemulihan dadah yang bakal dijalani selama tiga bulan bermula beberapa minggu akan datang.

Oleh yang demikian, Lindsay dilaporkan akan bercuti beberapa lokasi menarik di Australia seperti dipetik daripada Femalefirst.

Menurut sumber, tempat pertama yang akan dikunjungi adalah Sidney dan menghabiskan banyak waktu di sana.

"Beberapa hari dia akan ke sana," ujar sumber yang rapat dengan pelakon Liz & Dick.

Sebelum ini, pelakon ini dilaporkan telah diusir daripada tempat tinggalnya kerana gagal membayar sewa. Dia turut dikatakan muflis.

"Dia telah keluar daripada apartmennya dan tinggal bersama ibunya kerana tiada pilihan lain," ujar sumber tersebut.

Artikel Lain