suria

Jualan Album Terbaharu Justin Timberlake Laris

Album terbaharu Justin terjual hampir 1 juta unit pada minggu pertama ia dilancarkan.
Album terbaharu Justin terjual hampir 1 juta unit pada minggu pertama ia dilancarkan.
Album terbaharu Justin terjual hampir 1 juta unit pada minggu pertama ia dilancarkan.

PENYANYI Justin Timberlake mampu tersenyum bangga apabila album terbaharunya selepas tujuh tahun iaitu The 20/20 Experience mencatat penjualan sebanyak 968,000 unit pada minggu pertama ia dilancarkan.

Album itu muncul di tempat pertama carta Billboard 200 dan menjadikan buah tangan terbaharu bekas anggota kumpulan N'sync ini untuk tersenarai antara 16 buah album yang mencatat penjualan paling tinggi pada minggu pertama dalam sejarah Billboard.

Justin juga dilaporkan turut mencipta sejarah tersendiri di Eropah apabila The 20/20 Experience turut menjadi album paling pantas dijual iaitu sebanyak 106,000 unit menumpaskan penyanyi David Bowie di tempat kedua.

Kali terakhir penyanyi itu muncul dengan album Future Sex/Love Sounds pada tahun 2006.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain