suria

Eva Longoria Rindukan Geng 'Desperate Housewives'

Eva Longoria.
Eva Longoria.
Eva Longoria.

PELAKON Eva Longoria mengakui rindu untuk kembali ke set penggambaran Desperate Housewife bersama para pelakon lain yang terlibat dalam drama bersiri itu.

Bercakap kepada majalah Paradise, Eva berkata, sehingga saat ini mereka saling berhubung untuk bertanya khabar walaupun siri itu telah tamat setahun lalu.

"Saya baru lepas berbual dengan Felicity Huffman. Saya rindukan semua pelakon dan watak Gaby itu sendiri. Rancangan itu ternyata telah mengubah hidup saya.

"Kenangan bekerja dalam siri itu selama lapan musim sentiasa berada di dalam hati saya," katanya.

Desperate Housewife yang mengisahkan tentang sekumpulan suri rumah yang tinggal di Westeria Lane berakhir pada Mei tahun lalu selepas bersiaran selama lapan tahun.

Dalam pada itu, Eva, 38, berkata, dia kini bertindak sebagai penerbit eksekutif sebuah rancangan realiti berjudul Ready For Love yang akan ditayangkan pada 31 Mac ini di Amerika Syarikat.

Artikel Lain