suria

Nicki Minaj Teruja Dengan Kosmetik

Nicki Minaj gemar berselok bagi mengubah raut wajahnya.
Nicki Minaj gemar berselok bagi mengubah raut wajahnya.
Nicki Minaj gemar berselok bagi mengubah raut wajahnya.

PENYANYI dan juri program American Idol, Nicki Minaj percaya penggunaan alat solek yang tebal dapat mengubah wajahnya menjadi lebih baik.

Nicki, 30, mengakui dirinya teruja dengan penggunaan alat solek yang dapat mengubah raut wajah asalnya.

"Saya memang gemar untuk bermain dengan alat solek dan melihat kemampuan kosmetik itu dalam mengubah wajah asal saya. Bagi saya lebih banyak digunakan ia dapat mengubah struktur dan raut wajah asal," katanya.

Bagaimanapun kata Nicki, dia turut menitik beratkan terhadap jenama dan jenis bahan alat solek itu dihasilkan bagi memastikan ia tidak memberi kesan buruk kepada wajah.

"Saya akan pastikan wajah dicuci bersih sebelum masuk tidur dan tidak akan menggunakan sebarang produk yang mengandungi alkohol," ujarnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain