Haleeda Enggan Dedahkan Kisah Rumah Tangga - Hiburan | mStar

Haleeda Enggan Dedahkan Kisah Rumah Tangga

Haleeda
Haleeda

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon wanita Haleeda enggan mengulas berhubung kisah peribadi dan rumah tangganya apabila dikatakan berkahwin di negara jiran, Thailand pada tahun 2011.

Haleeda atau nama sebenar Halida Mazlin, 40, berkata dia kembali semula ke dunia seni bagi mengubati kerinduan selepas tiga tahun menyepi dan ingin mengelak kisah peribadi dibangkitkan.

"Maaf, kisah rumah tangga saya tidak menarik untuk diceritakan kepada umum.

"Saya terima tawaran berlakon semula kerana sudah beberapa kali dipujuk oleh pihak produksi, lagi pula hati saya tiba-tiba terbuka untuk terima tawaran berlakon," katanya.

Bekas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Azman Adnan ini pernah mencetuskan kontroversi apabila dikatakan sudah bernikah di negara jiran dengan seorang pelakon yang pernah membintangi beberapa filem termasuk Sembilu.

Bagaimanapun, sehingga kini Haleeda masih belum mendedahkan identiti sebenar suaminya.

Jelas Haleeda, selama tiga tahun menyepi, dia memilih untuk menjadi suri rumah tangga sepenuh masa dan menjaga anak tunggalnya, Amirah Amini Azman yang kini berusia 18 tahun.

"Saya tidak buat apa-apa hanya sepenuh masa sebagai suri rumah, lagi pula anak saya bersekolah dan memerlukan tumpuan yang banyak, sekarang dia sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ini pun dia yang suruh saya berlakon semula dan ingin melihat saya di televisyen," katanya.

Bercerita tentang penghijrahan imej terbaharunya iaitu bertudung, Haleeda mengakui banyak batas yang perlu dijaga.

"Saya mula bertudung sejak tiga tahun lalu, saya akui tidak banyak watak yang sesuai dengan pelakon bertudung. Saya juga mahu watak yang sesuai dengan penampilan saya sekarang.

"Kalau boleh biarlah watak yang sopan juga," katanya.

Jelas Haleeda kemunculan semula selepas tiga tahun menyepi sedikit sebanyak mengubat kerinduan dirinya terhadap bidang lakonan.

Bagaimanapun, dia tidak meletakkan bidang seni ini sebagai punca pendapatan seperti suatu masa dahulu.

Haleeda membintangi drama bersiri berjudul Bangkitnya Seorang Perempuan pada slot Samarinda yang telah disiarkan bermula pada Rabu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

Artikel Lain