suria

Jennifer Aniston Masih Rahsiakan Lokasi Pernikahan

Jennifer dan bakal suaminya Justin Theroux
Jennifer dan bakal suaminya Justin Theroux
Jennifer dan bakal suaminya Justin Theroux

BIARPUN pelakon Jennifer Aniston telah menyatakan hasrat untuk berkahwin dengan kekasihnya Justin Theroux, namun pasangan itu masih lagi merahsiakan hal berkenaan.

Menurut Radar Online, acara perkahwinan bintang berusia 44 tahun itu memang akan berlaku, namun belum diketahui tarikhnya. Malah ibu kepada penyanyi itu, Nancy Dow turut memberitahu pihaknya hanya menunggu panggilan telefon daripada Jennifer yang akan memaklumkan tempat perkahwinan.

Sementara itu, teman rapat pelakon ini menafikan bahawa pasangan itu akan berkahwin di Hawaii, di mana tempat Justin memiliki harta.

Namun ada khabar angin mengatakan mereka akan berkahwin di California, lokasi Jenifer dilahirkan.

Biarpun hubungan antara Jennifer dan ibunya tidak begitu baik, namun Nancy dijangka akan menghadiri hari penting anaknya itu.

Ia berikutan campur tangan bakal suaminya, Justin yang mahukan restu keluarga dalam perkahwinan tersebut.

Artikel Lain