suria

Ed Sheeran Perlu Minta Kebenaran Pengurus Untuk Berbelanja

Ed Sheeran
Ed Sheeran
Ed Sheeran

PENYANYI Ed Sheeran telah dinasihatkan oleh pengurusnya agar meminta kebenaran terlebih dahulu jika ingin membelanjakan wangnya.

Menurut laporan portal Thesun.co.uk, pengurus Ed risau sekiranya artis itu membazir dengan membeli barang-barang yang tidak memberi kepentingan kepadanya.

"Pengurus saya tidak membenarkan saya menggunakan kad kredit untuk berbelanja melainkan mendapat kebenaran daripadanya terlebih dahulu.

"Dia risau sekiranya saya menghabiskan wang membeli barang-barang yang tidak penting," katanya.

Tambah Ed, dia juga pernah meluahkan hasrat untuk membeli sebuah kereta namun pengurusnya itu tidak membenarkan dia berbuat demikian memandangkan dia tidak boleh memandu.

Artikel Berikut

Artikel Lain