suria

Mamat Khalid Rancang Hasilkan Filem Kenegaraan

Mamat Khalid
Mamat Khalid
Mamat Khalid

PETALING JAYA: Pengarah filem Mamat Khalid bakal berehat daripada menghasilkan filem-filem genre komedi buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada penghasilan filem-filem berbentuk kenegaraan pula.

Mamat berkata, sebagai penggiat seni Malaysia, menjadi tanggungjawabnya untuk menghasilkan filem-filem kenegaraan di mana ia boleh menjadi panduan kepada masyarakat pada masa akan datang.

"Saya nak ubah angin pula dalam berkarya. Takkan selama-lamanya kita nak hasilkan filem komedi sahaja.

"Jadi selepas ini saya berhenti sekejap buat filem komedi, dan fokus pada genre kenegaraan," katanya.

Tambah Mamat, selepas filem Estet (2010) arahannya gagal mendapat sambutan daripada masyarakat, dia mengakui agak kecewa tentang hal itu namun pada masa yang sama turut mengkaji semula tentang kesilapan pembikinan filem tersebut.

"Estet merupakan pengajaran yang sangat besar untuk saya dalam menghasilkan filem berbentuk kenegaraan pada masa akan datang.

"Saya akui sebelum ini saya tidak mengkaji sedalam-dalamnya mengkaji tentang budaya masyarakat negara sedalamnya.

"Insya-Allah, karya kenegaraan pada masa akan datang lebih baik penghasilannya," kata Mamat.

Sementara itu, Mamat juga gembira apabila filem terbaharu arahannya, Rock Oo, telah berjaya mendapat kutipan sebanyak RM3 Juta setelah seminggu ditayangkan bermula pada 28 Februari lalu.

Filem tersebut masih lagi ditayangkan di 72 buah pawagam di seluruh Malaysia termasuk Brunei.

Artikel Sebelum

Artikel Lain