suria

Jojo Goh Harap Dapat Lebih Peluang Dalam Industri Tempatan

Jojo berharap akan diberi lebih banyak peluang untuk terus mengembangkan kerjayanya dalam industri perfileman tempatan.
Jojo berharap akan diberi lebih banyak peluang untuk terus mengembangkan kerjayanya dalam industri perfileman tempatan.
Jojo berharap akan diberi lebih banyak peluang untuk terus mengembangkan kerjayanya dalam industri perfileman tempatan.

PETALING JAYA: Pelakon Harapan Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM 25), Jojo Goh berharap kemenangannya menerusi filem 29 Februari akan membuka peluang untuknya terlibat dalam lebih banyak filem berbahasa Malaysia.

Jojo, 30, berkata, penghargaan itu sudah cukup untuk melonjakkan semangatnya agar terus menempa nama dalam bidang lakonan dengan lebih meluas dan tidak hanya tertumpu kepada produksi berbahasa Cina sahaja.

"Apa yang pasti filem 29 Februari bukan filem berbahasa Malaysia terakhir yang saya lakonkan kerana selepas ini peminat akan melihat saya dalam lebih banyak projek.

"Anugerah ini cukup menaikkan semangat saya sebagai seorang pelakon dan berharap keterujaan ini tidak akan terhenti setakat di sini sahaja," jelasnya kepada mStar Online.

FFM 25 yang berlangsung pada malam Sabtu telah menobatkan filem Bunohan sebagai Filem Terbaik selain berjaya membawa pulang empat lagi trofi termasuk Pengarah Terbaik (Dain Said), Lakon Layar Terbaik dan Pelakon Lelaki Terbaik menerusi lakonan mantap Faizal Hussien.

Dalam pada itu, Jojo berkata, dia sebenarnya tidak menyangka akan dinobatkan dengan gelaran yang dianggap cukup besar buatnya.

Jojo memberitahu, dicalonkan bersama pelakon hebat lain dalam kategori sama sudah cukup bermakna memandangkan statusnya sebagai pendatang baru dalam dunia perfileman tempatan.

"Saya memenangi anugerah yang paling berprestrij dalam bidang perfileman dan sudah tentu saya rasa teruja kerana ini adalah trofi pertama saya sebagai seorang pelakon.

"Tercalon dan berada dalam satu dewan sama dengan semua pelakon hebat di negara ini sudah cukup membuatkan saya terharu," jelasnya.

Tambah Jojo, dia juga turut tumpang gembira dan berbangga dengan pelakon Izzue Islam yang turut dinobatkan bagi kategori lelaki dalam anugerah yang sama.

Artikel Lain