suria

Mila Kunis Mahu Kerja Dari Rumah Kerana Kekasih

Kunis mahu sentiasa berada dekat dengan kekasihnya, Ashton Kutcher.
Kunis mahu sentiasa berada dekat dengan kekasihnya, Ashton Kutcher.
Kunis mahu sentiasa berada dekat dengan kekasihnya, Ashton Kutcher.

AKTRES Mila Kunis mahu bekerja dari rumah supaya boleh berada dekat dengan kekasihnya, Ashton Kutcher.

"Saya tidak rasa boleh berlakon dalam tiga filem dalam setahun. Ia terlalu banyak. Ada satu tahap dalam hidup di mana anda mahu berada di rumah dengan orang yang disayangi," jelasnya kepada femalefirst.co.uk.

Tambah pelakon berusia 29 tahun ini, pada tahap sekarang dia mahu mencuba perkara baru dalam kariernya seperti menjadi seorang penerbit filem supaya boleh menghabiskan lebih banyak masa di rumah.

"Apabila jadi penerbit saya tidak perlu berada di pelbagai lokasi berbeza dan hanya menumpukan kepada sesuatu perkara sahaja," jelasnya.

Kunis bakal ke lokasi penggambaran filem Jupiter Ascending di London di samping pelakon Channing Tatum dan Eddie Redmayne.

Kutcher dilaporkan bakal menemani kekasihnya itu sepanjang penggambaran.

Artikel Sebelum

Artikel Lain