suria

Yuni Shara Lega Tidak Dikaitkan Kes Dadah Raffi Ahmad

Individu yang melaporkan penglibatan Raffi dengan dadah tampil membuat pengakuan.
Individu yang melaporkan penglibatan Raffi dengan dadah tampil membuat pengakuan.
Individu yang melaporkan penglibatan Raffi dengan dadah tampil membuat pengakuan.

JAKARTA: Penyanyi Yuni Shara akhirnya berasa lega apabila individu yang membuat laporan mengenai Raffi Ahmad ke Badan Narkotik Nasional Indonesia (BNN) atas dakwaan penyalahgunaan dadah tampil membuat pengakuan.

Sebelum ini, timbul desas-desus kononnya bekas kekasih Raffi telah dituduh membuat laporan tersebut.

Peguam kepada Yuni, Minola Sebayang berkata dengan pengakuan terbuka individu tersebut membuktikan bahawa Yuni tidak bersalah dengan penangkapan Raffi dan rakan-rakannya baru-baru ini.

"Dengan pengakuan tersebut Yuni telah menzahirkan rasa lega kerana tidak terlibat dan dikaitkan lagi dengan kes ini.

"Individu itu juga telah disahkan oleh BNN yang membuat laporan ke atas Raffi," ujarnya seperti dipetik daripada detikHOT.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain