suria

Orang Awam Boleh Sumbang Idea Untuk Drama & Filem

Jamil Mutalib
Jamil Mutalib
Jamil Mutalib

KUALA LUMPUR: Orang awam yang ingin menjual idea dan kreativiti untuk dijadikan sebagai sebuah drama dan filem diberi peluang untuk menyampaikan idea tersebut pada acara Superpitch Malaysia 2013 yang akan berlangsung pada 2 Mac ini.

Ia bakal diadakan di Dataran dan Dewan Orkestra Akademi Seni, Budaya dan Warisan (ASWARA) bermula pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Menurut salah satu penganjurnya, Pengerusi Biro Apresiasi dan Latihan Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Jamil Mutalib, acara ini memberi idea (pitching) terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya bagi yang mempunyai idea kreatif untuk dikomersialkan dalam bentuk cerita televisyen (TV), filem, dokumentari dan iklan.

"Acara 'pitching' diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai menjual idea untuk dikomersialkan.

"Ini secara tidak langsung mereka dapat terlibat dalam industri ini sekiranya berminat. Malah dengan hasil 'pitching ini, penerbit-penerbit berpeluang untuk mendapatkan idea-idean baru untuk diterbitkan bagi memartabatkan produktiviti industri seni tempatan," katanya.

Idea-idea yang diberi mestilah bertemakan kenegaraan.

Tambah Jamil, sebanyak 60 penerbit dan 10 saluran TV di bawah stesen penyiar utama negara turut menyertai acara ini termasuklah agensi-agensi berkaitan dengan dengan industri kandungan kreatif.

Superpitch yang diadakan bersempena dengan Festival Filem Malaysia Ke-25 (FFM25) anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan FDAM itu merupakan kesinambungan Malaysia Creative Pitch (MCPITCH 2013) yang diperkenalkan buat kali pertama dua tahun lalu.

Bagi yang ingin mendapatkan keterangan lanjut, sila hubungi ketua urusetia, Asiah Mion (012-3398915) atau setiausaha, Nuzila Abd Rahim (019-2793062).

Sementara itu, bagi memeriahkan lagi acara bersempena dengan FF25 yang diadakan pada 2 Mac ini (8.30 malam), sesi tayangan dan apresiasi filem pelakon Datuk Rahim Razali yang bertajuk Rahim Razali – Seniman Kontemporari Penerus Legasi diadakan pada pukul 9 pagi.

Ia merupakan tayangan filem arahannya Matinya Seorang Patriot yang pernah merangkul tujuh anugerah utama di FFM5, termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Lelaki Pembantu Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Jurukamera Terbaik dan Penyunting Filem Terbaik.

Pada pukul 2 petang pula, filem Abang dan Anak Sarawak pula ditayangkan. Malah pelakon-pelakon yang pernah bekerja dengan Rahim Razali turut hadir seperti Eman Manan, Zulkifli Zain, Yusof Wahab, Noor Kumalasari dan Nasir Jani.

Tayangan filem Abang dan Anak Sarawak akan diadakan jam 2 petang di tempat sama. Kita juga akan mengundang pelakon utama dan kru produksi yang pernah bekerja dengan beliau seperti Eman Manan, Zulkifli Zain, Yusof Wahab, Noor Kumalasari dan Nasir Jani untuk memeriahkan acara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain