suria

Jennifer Lawrence Terjatuh Di Pentas Oscar

Jennifer Lawrence
Jennifer Lawrence
Jennifer Lawrence

LOS ANGELES: Aktres Jennifer Lawrence tersandung ketika sedang menaiki anak tangga ke pentas untuk menerima anugerah Pelakon Wanita Terbaik bagi filem Silver Linings Playbook pada Anugerah Akademi di Teater Dolby, Los Angeles pada Ahad (waktu tempatan).

Pelakon berusia 22 tahun yang mengayakan gaun daripada Dior Haute Couture terjatuh di hadapan penonton ketika siaran langsung anugerah berprestij tersebut.

Bagaimanapun, aktor Hugh Juckman dilihat orang yang pertama bergegas untuk memberi bantuan kepada beliau.

Bintang muda ini kemudian mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. – new.com.au

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain