suria

Turki Buka Hati Ramli Sarip Untuk Melancong

Ramli mengakui kurang gemar melancong ke luar negara.
Ramli mengakui kurang gemar melancong ke luar negara.
Ramli mengakui kurang gemar melancong ke luar negara.

PETALING JAYA: Penyanyi Ramli Sarip pada dasarnya kurang gemar dengan aktiviti melancong ke luar negara tetapi telah menerima tawaran ke Turki kerana tertarik dengan negara yang mempunyai nilai sejarah Islam yang tinggi.

Ramli, 61, berkata, hatinya terbuka untuk menyertai percutian itu pada Oktober depan kerana sifat beliau sendiri yang gemar tentang sesuatu perkara berkaitan dengan Islam.

"Jujurnya saya memang seorang yang bukan kaki melancong namun sentiasa tertarik dengan negara yang mempunyai kisah sejarah, seni bina dan seni bernilai tinggi.

"Selain dapat melihat sendiri kesan tinggalan sejarah, ia juga mampu memberikan maklumat terutamanya yang berkaitan dengan agama Islam.

"Sebab itulah saya menerima tawaran ke Turki ini walaupun saya bukannya gemar melancong," jelasnya kepada mStar Online.

Ramli ditemui pada sidang media percutian eksklusifnya bersama Fizo Omar ke Istanbul, Turki anjuran Arlief Event Management di sini.

Kata Ramli, percutian bersama peminat ke Istanbul itu membuatkannya teruja untuk ke negara tersebut kerana ia memiliki kesan sejarah yang menakjubkan.

Ujarnya, hal itu telah membuatkan dia bersemangat untuk bersama para peminat menerokai sesuatu perkara baru bagi menambahkan ilmu pengetahuan.

"Ini adalah peluang untuk mengetahui pelbagai sejarah Islam yang terdapat di sana selain melawat kawasan-kawasan menarik bersama peminat.

"Saya teruja kerana ini adalah kali pertama saya bercuti bersama-sama peminat ke luar negara," jelasnya. Untuk keterangan lanjut dan tempahan percutian selama tujuh haru enam malam itu boleh melayari laman www.arlief.com.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain