suria

ALBUM BARU: Luahkan Cinta Menerusi 'Love 101' & 'Love Xoxo'

ALBUM: Love 101: 101 Ways To Say I Love You dan Love Xoxo

ARTIS: Variasi

EDARAN: Warner Music Malaysia

BAGI pasangan kekasih yang sedang asyik melayari gelombang cinta, Warner Music Malaysia menghasilkan Love 101: 101 Ways To Say I Love You dan Love Xoxo.

Dua album ini amat sesuai diperdengarkan atau dihadiahkan kepada pasangan masing-masing, menggantikan hadiah seperti bunga ros dan coklat yang biasa diberikan oleh mereka yang bercinta.

Penghasilan album kompilasi ini agak menarik kerana ia bukan sahaja memuatkan lagu-lagu lama sahaja, tetapi juga dicampurkan dengan lagu-lagu baru selepas melihat ia mendapat permintaan yang tinggi.

Maka, tidak hairanlah syarikat-syarikat rakaman ketika ini banyak menghasilkan album sedemikian.

Love Xoxo menampilkan sebanyak 36 buah lagu cinta terbaik dengan dibahagikan kepada dua cakera padat (CD) dan antara lagu-lagu popular yang dimuatkan ialah Count On Me (Bruno Mars), Bad Day (Daniel Powter), December (Norah Jones), The Day You Went Away (M2M), For Your Babies (Simply Red) dan Don't Dream It's Over.

Selain itu lagu seperti I'm Yours (Jason Mraz), Fix You (Coldplay), High (James Blunt), True (Ryan Cabrera), Come On (Ben Jelen), So Wonderful (Emilia Mitiku) dan Deep (Binocular).

Menerusi album Love 101: 101 Ways To Say I Love You pula, sebanyak 102 lagu (enam keping CD) yang antaranya seperti Right Here waiting (Richard Marx), Bad Day (Daniel Powter), Lost In your Eyes (Debbie Gibson), Crazy For You (Madonna), Miss You Like Crazy (Natalie cole), What can I Do (The Corrs) dan There You'll Be (Faith Hill).

Lagu-lagu seperti To Where You Are (Josh Groban), Make It With You (Bread), You Took My Heart Away (Michael Learns To Rock), Drive (The Cars), I Get Weak (Belinda Carlisle), Still Got The Blues (Gary Moore) dan Emotion (Carly Simon) turut dimuatkan pada album tersebut.

Sebenarnya album ini tidak semestinya hanya dihadiahkan kepada si kekasih, tetapi ia turut boleh diberi kepada teman rapat atau keluarga, sebagai tanda cinta dan sayang kepada mereka.

Lebih-lebih lagi dengan hiasan kulit album yang menarik, ia pasti menambat hati si penerima hadiah ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain