suria

Yasmin Hani Mahu Zuriat Pandai Masak

Yasmin Hani sedia bergelar ibu. Foto YAP CHEE HONG
Yasmin Hani sedia bergelar ibu. Foto YAP CHEE HONG
Yasmin Hani sedia bergelar ibu. Foto YAP CHEE HONG

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Yasmin Hani bersama suaminya, Sha'arin Mohammed Razali,40-an, merancang untuk mendapatkan zuriat pada tahun ini.

Yasmin atau nama sebenarnya Yasmin Hani Richardson, 32, berkata, sudah sampai masanya untuk mereka menerima kehadiran ahli keluarga baru setelah setahun “berbulan madu” sejak mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2011.

"Sebenarnya memang kami rancang untuk berbulan madu selama setahun.

"Dan sekarang ini kami sudah bersedia untuk itu. Tahun ini adalah masa yang paling sesuai. Insya-Allah, ada," katanya.

Tambah Yasmin dia juga ingin mengajar bakal anaknya itu nanti menjadi seorang yang berdikari serta pandai memasak.

"Sekarang ini ramai dah buka mata di mana kanak-kanak juga perlu didedahkan dengan masakan, sekurang-kurangnya benda-benda asas.

"Saya juga mahu bakal anak saya nanti tahu memasak. Bukannya apa, kita tak tahu sekiranya terjadi apa-apa kepada kita, mereka boleh berdikari," ujarnya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Yasmin turut berhasrat mengembangkan bakat seninya untuk bergelar seorang pengarah pula.

"Benar, saya kini mula berjinak-jinak tentang kerja-kerja produksi di belakang tabir.

"Malah setakat ini saya telah menerbitkan telefilem Laksam Girl (TV9) di bawah syarikat suami, BlueBlack Production.

"Semua ini berpunca daripada suami yang banyak memberi sokongan dan galakan kepada saya mencuba sesuatu yang baru di bidang seni ini," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain