Zain Saidin Belum Tetapkan Tarikh Merisik Rozita - Hiburan | mStar

Zain Saidin Belum Tetapkan Tarikh Merisik Rozita

Zain dan Rozita ketika bercuti di Universal Studios Singapura pada hujung minggu lalu. - Foto Instagram Zain Saidin
Zain dan Rozita ketika bercuti di Universal Studios Singapura pada hujung minggu lalu. - Foto Instagram Zain Saidin

PETALING JAYA: Aktor kacak Zain Saidin memberitahu dia mahupun keluarga belum menetapkan sebarang perancangan untuk merisik aktres Rozita Che Wan dalam masa terdekat.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, perancangan ke arah perkahwinan masih belum difikirkan pada waktu ini biarpun dia mengakui hubungan dengan Rozita berada pada tahap yang lebih stabil.

“Hubungan kami macam itu juga. Saya akui kami semakin stabil dan baik tetapi belum ada perancangan untuk merisik atau apa-apa pun pada waktu ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Selasa.

Zain berkata demikian sebagai respons kepada gambar-gambar percutiannya bersama Rozita dan keluarganya di Singapura pada hujung minggu lalu yang dimuat naik di laman Instgram milik aktor itu.

Ditanya mengenai percutian itu, Zain berkata, dia mengambil peluang bersempena cuti Tahun Baru Cina dengan menghabiskan masa selama dua hari di taman tema Universal Studios Singapura (USS) di samping Rozita dan keluarganya.

“Kami sengaja berjalan-jalan di USS sebab kebetulan sedang cuti. Kami pergi selama dua hari dengan Rozita, anak-anak dan adiknya Ayu Raudhah dan suami,” katanya.

Mengenai kerjaya, Zain berkata, dia bakal menyambung semula penggambaran drama bersiri Oh My English! musim kedua selepas cuti perayaan ini.

“Selain Oh My English!, saya juga akan terlibat dalam program realiti MasterChef Selebriti Malaysia musim terbaharu pada Mac depan,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Shila Tegaskan Tidak Mahu Dipinang

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain