suria

Irwansyah & Isteri Mungkin Bebas Dadah

Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar. Foto: Kapanlagi.com
Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar. Foto: Kapanlagi.com
Irwansyah dan isterinya Zaskia Sungkar. Foto: Kapanlagi.com

JAKARTA: Penyanyi dan pelakon Irwansyah serta isterinya Zaskia Sungkar mungkin bernasib baik apabila ujian urin yang dilakukan ke atas mereka didapati bebas daripada sebarang pengambilan dadah.

Perkara itu disahkan oleh ibu kepada Zaskia iaitu Fanny Bauty yang telah diberitahu oleh pihak Badan Narkotik Nasional (BNN) kepadanya berhubung perkara itu.

"Alhamdulillahlah... pihak BNN telah mengumumkan hasil urin tidak ada nama anak-anak saya. Kerana saya yakin anak dan menantu saya tidak mengambil dadah," katanya seperti dipetik portal inilah.com.

Dalam kejadian pada malam Ahad, seramai 17 orang telah ditangkap selepas BNN membuat serbuan di rumah pengacara rancangan Dahsyat iaitu Raffi Ahmad yang menganjurkan majlis keramaian.

Selain ketiga-tiga selebriti tersebut, turut ditahan ialah pelakon Wanda Hamidah serta rakan-rakan mereka.

Pemeriksaan awal polis menemui sejumlah dadah jenis ekstasi dan juga ganja di kediaman berkenaan yang terletak di Lebak Bulus, Jakarta Selatan dekat sini.

Sementara itu Fanny berkata, kedatangan anak dan menantunya ke kediaman Raffi adalah atas urusan pekerjaan tetapi sayang sekali ketika kehadiran mereka, kediaman itu diserbu pihak berkuasa. – inilah.com

Artikel Lain