suria

Jack Lim Berhabisan Untuk 'Once Upon A Time'

Pelakon yang menjayakan Once Upon A Time, dari kiri Gan Mei Yan, Vivian Tok, Jack Lim, Jeff Chin dan Chen Keat Yoke. Filem itu akan ditayangkan di pawagam bermula 7 Februari depan.

SHAH ALAM: Pengarah dan pelakon filem Once Upon A Time, Jack Lim mengakui telah melangkaui bajet telah ditetapkan bagi menghasilkan karya terbaru arahannya itu yang bakal ditayangkan di pawagam pada 7 Februari depan.

Jack berkata, kos pembikinan asal filem itu yang bernilai RM3 juta telah meningkat kepada RM4.6 juta bagi menampung kos penerbitan dan promosi filem itu.

"Tiada siapa yang akan menjangkakan perkara itu namun kami bertuah apabila pihak penerbit sanggup memberi bajet tambahan bagi aktiviti promosi filem itu yang sedang dilakukan secara besar-besaran," ujarnya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem itu dekat sini pada Jumaat.

Lim juga mengakui bajet itu telah berlebihan apabila RM1 juta digunakan bagi membina sebuah empayar zaman China bagi menghidupkan suasana sebenar jalan cerita yang ingin disampaikan kepada penonton.

"Saya mahu ia kelihatan asli dan bukannya sekadar membuat latar yang akhirnya akan memberikan kesan kepada persembahan itu dan ia akan memberikan kesan dramatik kepada penonton," jelasnya.

Dalam pada itu, Lim berkata, dia juga gembira apabila banyak pembikin filem daripada luar negara telah memuji hasil kerjanya itu dan menganggap kualiti dan kerja produksi dilakukan dengan kemas.

"Mereka teruja dengan cara kita menghasilkan filem tersebut dan saya melihat perkara ini sebagai satu peluang untuk membawa Once Upon A Time ke pasaran antarabangsa," jelasnya.

Sementara itu, Lim berkata, dia juga berpuas hati dengan semua pelakon yang terlibat bagi menjayakan filem ini dan melihat peluang bekerjasama dengan mereka lagi.

Selain Lim, Once Upon A Time turut dilakonkan oleh Gan Mei Yan, Vivian Tok dan Jeff Chin.

Artikel Sebelum

Yuna Tolak Tepi Soal Cinta

Artikel Lain