suria

Penulis Asal Tuntut James Cameron Pampasan Skrip ‘Avatar’

James Cameron
James Cameron
James Cameron

LOS ANGELES: Hakim Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu (waktu tempatan) memerintahkan pengarah filem James Cameron menyerahkan draf skrip filem Avatar dalam kes yang dikemukakan Eric Ryder mendakwa dirinya penulis asal karya itu.

kepada pihak peguam berhubung kes dikemukakan seorang individu yang mendakwa dia adalah .

Eric Ryder menuntut pampasan daripada Cameron dan syarikat produksi filem itu, Lightstorm Entertainment dan mendakwa filem terbitan 2009 itu diambil daripada idea asal skrip tulisannya berjudul K.R.Z. 2068.

Ryder memfailkan tuntutan itu pada Disember 2011 dan mendakwa dia mengambil masa selama dua tahun untuk menghasilkan skrip itu.

Pada Rabu, Hakim Alan Rosenfield memerintahkan peguam Cameron menyerahkan draf skrip filem itu untuk semakan.

“Kami perlu berhati-hati dan sensitif terhadap idea dan informasi berkaitan,” kata hakim ketika perbicaraan berlangsung.

Bagaimanapun, hakim menolak permintaan peguam Ryder untuk menyemak kalendar peribadi Cameron dan Ketua Pegawai Operasi Lightstorm Entertainment Inc, Jon Landau.

Peguam Ryder, K. Andrew Kent berkata, pihaknya juga akan dibenarkan untuk mengakses pita salinan filem itu daripada komputer yang digunakan Cameron sepanjang proses penggambaran.

Avatar berkisar mengenai bekas anggota US Marine yang menghidap penyakit paraplegik yang teruji kesetiaanya selepas dihantar ke sebuah dunia asing untuk meninjau potensi kawasan itu bagi tujuan perlombongan.

Naskhah yang dilihat sebagai pemangkin penggunaan teknologi 3 dimensi dalam filem itu mencatat kutipan kasar sebanyak RM13 bilion (ASD2.7 bilion) di seluruh dunia. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain