suria

Pitt Den Wakili Malaysia Pertandingan Tarian Di Jepun

Pitt Den mensasarkan untuk menang pada pertandingan Gatsby 5th Dance Competition dan bakal mewakili negara ke Jepun. - Foto oleh RAYMOND OOI
Pitt Den mensasarkan untuk menang pada pertandingan Gatsby 5th Dance Competition dan bakal mewakili negara ke Jepun. - Foto oleh RAYMOND OOI
Pitt Den mensasarkan untuk menang pada pertandingan Gatsby 5th Dance Competition dan bakal mewakili negara ke Jepun. - Foto oleh RAYMOND OOI

PETALING JAYA: Juara Gatsby 5th Dance Competition iaitu Pitt Den berpuas hati apabila impian untuk memenangi pertandingan tarian itu termakbul selepas dua tahun mencuba.

Pitt atau nama sebenarnya Teh Pitt Den, 24, berkata kemenangan itu cukup bermakna kerana dia memang menyasarkan untuk menang ketika menyertai acara tersebut.

“Saya berasa sungguh teruja. Memang saya mahu menang pertandingan ini dan merancang untuk kejayaan ini sejak awal.

“Ini adalah percubaan kali kedua. Pada tahun lepas saya hanya menang tempat ketiga tetapi pada kali ini nasib menyebelahi saya,” katanya ketika ditemui mStar Online di Sunway Pyramid Ice di sini, baru-baru ini.

Selaku juara, Pitt membawa pulang RM2,000, trofi dan produk Gatsby.

Pemuda dari Pulau Pinang itu juga bakal mewakili negara bagi bersaing dengan tujuh pemenang dari negara lain pada Gatsby Dance Competition Asia Final pada 2 Mac depan di Tokyo, Jepun.

Acara tahunan itu turut mengangkat kumpulan Funk P di tempat kedua dan Vanity Crew (ketiga). Masing-masing memenangi RM1,000 (naib juara), RM500 (ketiga), trofi dan produk Gatsby.

Pitt berkata, dia bertuah apabila gerak tarinya memikat hati para juri walaupun persiapannya dilakukan dalam tempoh seminggu sebelum pertandingan berlangsung.

“Pada awalnya, saya merancang untuk lakukan persiapan tiga bulan sebelum pertandingan tetapi disebabkan sikap malas, persiapan itu tertangguh sehingga ke minggu terakhir.

“Saya sempat mempersiapkan koreografi tarian dalam tempoh seminggu sahaja sebenarnya,” katanya.

Ditanya persiapan menjelang pertandingan akhir di Jepun, Pitt berkata, dia masih belum terfikir mengenai koreografi yang bakal dipersembahkan kelak.

Pertandingan akhir peringkat kebangsaan pada Sabtu lalu menyaksikan persaingan 10 peserta dalam menempah tempat sebagai wakil negara.

Ia diadili penari selebriti terkenal Jepun iaitu Fishboy, Boojae Fadzil (Floor Fever) dan Fellest Yan (Royal Phantom Crew).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain