suria

SRK Dilantik Duta 'Kejohanan Kriket Universiti' India

Shah Rukh Khan ketika menghadiri upacara pelantikannya sebagai duta 'University Cricket Championship' di Mumbai, India, pada Khamis lalu. - Foto EPA

NEW DELHI: Aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan (SRK) dilantik sebagai duta ‘University Cricket Championship’ di India, baru-baru ini.

Kejohanan yang bertujuan membangunkan kemahiran sukan itu di peringkat akar umbi mempertandingkan lapan pasukan daripada empat zon.

Ia bakal menggunakan format T20 dalam mencari pasukan kriket universiti terbaik di seluruh negara ini.

Dalam kenyataannya, SRK turut memberikan penghargaan kepada sekolah dan universitinya atas segala pencapaian yang diperolehi sehingga kini.

“Apa yang saya miliki dan capai pada hari ini disebabkan apa yang saya pelajari ketika di sekolah dan universiti. Tiada apa yang lebih baik daripada ini (sekolah dan universiti),” katanya. - Newkerala.com

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain