suria

Rumah Tom Cruise Dikepung Polis

SEKUMPULAN anggota polis Los Angeles bergegas ke kediaman aktor Tom Cruise gara-gara mendapat laporan daripada individu yang tidak dikenali mendengar suara tembakan daripada lokasi tersebut.

Menurut laporan portal Dailymail, pihak polis yang bersiap sedia dengan kelengkapan senjata telah mengepung kediaman Cruise, namun mereka mendapati tiada apa-apa yang berlaku.

"Ternyata laporan yang diterima palsu belaka apabila melihat kediaman Cruise dalam keadaan tenang dan tiada tanda-tanda jenayah.

"Malah Cruise berada di kediamannya yang hanya dijaga oleh sekuriti keselamatan dan pengawal peribadinya," kata sumber.

Difahamkan, laporan palsu sebegini bukanlah kejadian pertama yang pernah berlaku terhadap bintang Mission Impossible itu.

Pada Ogos 2011, seseorang telah melaporkan terdapat rompakan di kediaman bekas suami Katie Holmes itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain