suria

Leonardo DiCaprio 'Cuti' Berlakon

BERLIN: Bintang "Django Unchained" dan "Titanic" iaitu Leonardo DiCaprio (gambar) merancang untuk berehat daripada penggambaran filem kerana mahu menumpukan perhatian terhadap kempen alam sekitar.

Dalam temu bual dengan media Jerman iaitu Bild, pelakon Hollywood berusia 38 tahun ini berkata dia sudah penat kerana banyak masanya dihabiskan dengan dunia lakonan.

"Saya agak keletihan. Saya akan mengambil masa yang panjang untuk berehat daripada sebarang aktiviti penggambaran kerana saya telah memberi tumpuan kepada tiga buah filem dalam tempoh dua tahun ini.

"Saya ingin melakukan kerja kebajikan di dunia ini dan terbang ke seluruh dunia untuk melakukan sesuatu yang terbaik terhadap alam sekitar," tambah DiCaprio, dalam komen yang disiarkan dalam bahasa Jerman.

DiCaprio baru-baru ini turut membintangi "The Great Gatsby", arahan Baz Luhrmann dan Martin Scorsese. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain