suria

John Mayer Bakal Melamar Katy Perry

John Mayer (kanan) dan Katy Perry sudah menjalin hubungan sejak enam bulan lalu.
John Mayer (kanan) dan Katy Perry sudah menjalin hubungan sejak enam bulan lalu.
John Mayer (kanan) dan Katy Perry sudah menjalin hubungan sejak enam bulan lalu.

PENYANYI dan komposer John Mayer dikatakan bakal melamar kekasihnya penyanyi Katy Perry kerana merasakan wanita itu bersesuaian untuk dia jadikan isteri.

Pasangan itu bercinta sejak enam bulan lalu.

Menurut beberapa sumber, komposer berusia 35 tahun itu mengambil keputusan untuk melamar Katy kerana dia amat tertawan dengan sifat berdikari penyanyi lagu Firework itu.

“John amat menyenangi sifat berdikari pada diri Katy, tidak seperti sikap bekas-bekas kekasih yang suka berpaut dengannya.

“Ini adalah kali pertama John begitu serius dalam hubungannya. Katy melakukan peranannya dengan baik sekali.

“Mereka pasangan yang sepadan. Tidak pelik jika John melamar Katy,” kata seorang teman kepada pasangan itu.

Sumber-sumber lain berkata, bekas isteri kepada pelawak British, Russel Brand itu bersedia untuk berumah tangga semula dan mempertimbangkan untuk memiliki anak bersama John.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain