suria

Rumah Disita, Shane (Westlife) Mampu Selamatkan Cincin Kahwin

Shane diisytihar bankrap pada Jun 2012.
Shane diisytihar bankrap pada Jun 2012.
Shane diisytihar bankrap pada Jun 2012.

TAHUN 2012 lalu, salah seorang anggota kumpulan Westlife iaitu Shane Filan mengumumkan bahawa dirinya sudah bankrap.

Bagaimanapun, menurut laporan portal Dailymail, selepas kesemua barangnya disita, Shane hanya menyimpan satu barang berharga iaitu cincin perkahwinannya bernilai RM154,868.

"Hanya cincin perkahwinannya dengan isteri, Gillian, sahaja yang dapat diselamatkan.

"Cincin 31.41 karat itu adalah satu kenangan dan harapan buat Shane," kata sumber.

Shane sebelum ini antara yang selebriti Hollywood yang terkaya dengan mencapai pelbagai kejayaan menerusi kumpulan Westlife.

Bagaimanapun, Shane mengumumkan dia sudah bankrap pada Jun 2012, tidak lama selepas Westlife dibubarkan.

Sebelum ini, Shane telah mengalami krisis kewangan sehingga membuatkan dia terpaksa menjual aset-asetnya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain