suria

Fauzi Nawawi Anggap Rita Rudaini Tidak Matang

Fauzi menganggap permintaan Rita tidak matang namun menghormati keputusan aktres itu.
Fauzi menganggap permintaan Rita tidak matang namun menghormati keputusan aktres itu.
Fauzi menganggap permintaan Rita tidak matang namun menghormati keputusan aktres itu.

PETALING JAYA: Pelakon Fauzi Nawawi menganggap tindakan aktres Rita Rudaini yang tidak mahu dirinya berada di set penggambaran drama bersiri Kerana Sarah sebagai tidak matang.

Harian Metro melaporkan, suami kepada pelakon Lisdawati itu berkata, dia tidak faham dengan permintaan tersebut yang tidak membenarkannya berada bersama ketika penggambaran dijalankan.

“Sikap dia seperti budak belum matang. Saya sendiri tidak faham apa masalahnya sampaikan tidak mahu saya berada di lokasi penggambaran ketika dia ada,” katanya.

Fauzi bersama isteri, Lisdawati dan Rita terbabit sama dalam penggambaran drama arahan Murali Abdullah yang kini menjalani penggambaran sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, Fauzi berkata, dia bersikap profesional berdepan situasi itu dan menghormati permintaan Rita kepada pihak produksi yang tidak membenarkan dia berada bersama ketika penggambaran dijalankan.

“Saya tiada masalah dengannya dan boleh bekerja dengan sesiapa saja. Lakonan adalah karier saya, jadi apa jua situasi yang berlaku, saya kena menempuhnya,” ujarnya.

Katanya, skrip asal menampilkan mereka bertiga dalam drama itu tetapi ia dipinda atas permintaan Rita. Sebagai pelakon dan suami, dia berharap tiada kejadian tidak diingini berlaku antara Rita dengan isterinya.

Lisdawati pula berkata, dia tidak mempunyai masalah untuk memberikan komitmen pada lakonan dalam drama ini. Malah, penggambaran berjalan lancar membabitkan adegan dia bersama Rita.

“Kami hanya terus berlakon apabila di lokasi penggambaran. Suatu ketika dulu kami memang rapat seperti belangkas, tetapi sampai sekarang, saya tidak tahu apa punca kami bersengketa,” katanya.

Lisdawati dan Rita pernah mencetuskan kontroversi apabila mereka bergaduh dalam satu adegan di kolam renang ketika bersama membintangi drama Kau Yang Ku Sayang arahan Rashid Sibir, tujuh tahun lalu.

Akibat kejadian itu, Lisdawati membuat laporan polis kerana mendakwa dicederakan Rita ketika penggambaran di sebuah hotel di Tanjung Tokong, Pulau Pinang.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain