suria

Kereta Api Bawah Tanah Gegarkan Dapur David Beckham

David Beckham bersama isteri Victoria atau Posh (kanan) dan tiga anak lelaki mereka Romeo (paling kiri), Cruz (tengah) dan Brooklyn.

LONDON: Bintang bola sepak David Beckham dan isterinya Victoria berasa kecewa apabila mendapati dapur rumah mereka bergegar akibat impak pergerakan kereta api laju London Underground di bawah tanah kediaman itu.

Pasangan yang baharu berpindah ke rumah agam bernilai RM96 juta itu pada minggu lalu berkata, impak daripada pergerakan kereta api bawah tanah itu menggegarkan peralatan berteknologi tinggi dalam rumah tersebut.

The Mirror melaporkan, menurut kenalan pasangan itu, gegaran berkenaan dapat dirasai terutamanya pada waktu pagi dan waktu puncak pada sebelah petang.

Sumber berkata, Victoria, 38, memilih hartanah itu kerana dia menyukai lokasi rumah yang berhampiran dengan studio rekaan fesyennya dan beberapa butik terbaik di bandar raya berkenaan.

Bagaimanapun, mereka kurang bernasib baik apabila terpaksa berdepan masalah gegaran akibat pergerakan kereta api Tube di bawah tapak rumah itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain