suria

Elton John Dapat Anak Kedua

Elton John
Elton John
Elton John

LONDON: Penyanyi legenda Sir Elton John dilaporkan media Amerika Syarikat telah bergelar bapa buat kali kedua.

Akhbar New York Post melaporkan, penyanyi itu dan pasangannya David Furnish menerima anak kedua mereka selepas ibu tumpang bayi itu selamat bersalin baru-baru ini.

Pasangan itu dikatakan memilih ibu tumpang yang sama melahirkan anak pertama mereka, Zachary pada 25 Disember 2010.

Difahamkan, wanita yang dirahsiakan identitinya itu bertemu dengan pasangan berkenaan di sebuah pusat ibu bapa tumpang di negara itu.

Jurucakap penyanyi itu bagaimanapun enggan mengesahkan berita gembira itu.

"Kami tidak pernah berbincang mengenai kehidupan peribadi pelanggan kami," kata jurucakap itu kepada akhbar terbabit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain