suria

David Bowie Lancar 'Single' Pertama Dalam Tempoh 10 Tahun

Davie Bowie
Davie Bowie
Davie Bowie

LONDON: Superstar rock British, David Bowie telah melancarkan 'single' barunya yang pertama dalam tempoh 10 tahun sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-66 pada Selasa.

Ini akan disusuli dengan pelancaran album penuhnya Mac depan.

'Single' tersebut berjudul "Where are We Now?", dapat ditonton menerusi laman web rasminya (www.davidbowie.com) dan tidak lama lagi boleh dimuatturunkan menerusi iTunes.

Album barunya yang berjudul, "The Next Day", akan berada di pasaran secara rasminya mulai 11 Mac. Kesemuanya, album itu akan mengandungi 14 lagu.

Bowie tidak pernah menghasilkan lagu baru sama ada dalam bentuk 'single' mahu pun album penuh sejak album terakhir, "Reality", pada tahun 2003.

Beliau juga tidak pernah membuat persembahan pentas secara langsung sejak 2006.

Pelancaran lagu 'single' itu turut disusuli dengan rakaman video yang diarahkan oleh rakan lamanya Tony Oursler.

Sepanjang penglibatannya dalam dunia muzik, album Bowie telah terjual sehingga 140 juta unit di seluruh dunia dalam tempoh 50 tahun.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain