suria

Filem Mengenai Steve Jobs Lakonan Ashton Kutcher Ditayangkan April Depan

Steve Jobs (kiri) dan Ashton Kutcher.
Steve Jobs (kiri) dan Ashton Kutcher.
Steve Jobs (kiri) dan Ashton Kutcher.

SAN FRANCISCO: Sebuah filem berkenaan kehidupan sebenar pengasas bersama Apple -Steve Jobs lakonan Ashton Kutcher akan memasuki pawagam April ini.

Job meninggal dunia pada 2011 kerana penyakit kanser.

Filem mengenai sejarah kehidupan Jobs itu buat pertama kalinya akan dipertontonkan pada Festival Filem Sundance hujung bulan ini.

Ditulis oleh Matthew Whitely dan diarahkan oleh Joshua Michael Stern, filem yang diberi judul "jOBS" itu akan memberi fokus kehidupan Jobs antara tahun 1971 hingga 2000.

Sementara itu Sony Pictures turut di dalam proses menghasilkan sebuah lagi filem mengenai Jobs hasil daripada karya buku Walter Isaacson.

Lakon layarnya sedang digarap oleh pemenang anugerah Oskar, Aaron Sorkin, yang turut menulis jalan cerita "The Social Network".

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain