suria

Skyfall Catat Sejarah Baru Kutipan Tiket di UK

Skyfall adalah filem ketiga Daniel Craig sebagai Bond. Ia diarahkan oleh Sam Mendes dan merupakan filem Bond yang ke-23.

FILEM James Bond, Skyfall telah mencatat sejarah yang tersendiri di tanah airnya Britain apabila ia muncul sebagai filem paling laris dalam box office negara itu.

Skyfall sebelum ini telah pun mencatat sejarah baru sebagai filem Bond paling tinggi kutipan tiket di United Kingdom (UK) dan juga filem paling tinggi kutipan di minggu pertama tayangan.

Ia kini telah mencapai nilai jualan tiket sehingga £100 juta di Britain dan masih lagi ditayangkan di pawagam walaupun telah memasuki bulan kedua.

Rekod kutipan sebelum ini dipegang oleh Avatar dengan jumlah jualan tiket mencapai £94 juta.

Bagaimanapun filem Bond itu berjaya mencapai kutipan rekod tersebut dalam tempoh 40 hari sahaja berbanding Avatar arahan James Cameron yang mengambil masa 11 bulan.

Di peringkat global hasil kutipan jualan tiket Skyfall telah mencecah AS$1 bilion bersamaan dengan £620 juta.

Kebetulan pula, 007 menyambut ulang tahun yang ke-50 tahun lalu.

Skyfall adalah filem ketiga Daniel Craig sebagai Bond. Ia diarahkan oleh Sam Mendes dan merupakan filem Bond yang ke-23.

Artikel Lain