suria

Rain Dan Kim Tae Hangat Bercinta

Kim Tae Hee dan Rain makin intim.
Kim Tae Hee dan Rain makin intim.
Kim Tae Hee dan Rain makin intim.

NAMPAKNYA Rain sudah ada teman cinta apabila aktres cantik Kim Tae Hee dikhabarkan hangat bercinta dengan penyanyi itu.

Menurut laporan portal Despatch, Rain dan Kim Tae telah pun menjalinkan hubungan sejak tiga bulan yang lalu dan telah pun berkawan sejak Mac 2012.

"Mereka bertemu sekurang-kurangnya seminggu sekali dan biasanya pada hari Ahad.

"Rain akan menggunakan kereta Kim Tae. Selepas itu, dia akan menghantar wanita itu pulang dan mengambil teksi untuk balik ke rumahnya," kata sumber.

Walaupun masih lagi mengikuti latihan ketenteraan di kem latihan Uijeongbu 306 Reserve Troop Station di Wilayah Gyeongido, Korea Selatan, Rain diberi kelonggaran untuk mengambil cuti pada hujung minggu.

Kerana itu, Rain dan Kim Tae turut meluangkan masa bersama pada sambutan Hari Krismas.

Sementara itu, wakil daripada pihak kem latihan ketenteraan itu berkata, setiap anggotanya yang merupakan seorang selebriti akan diberi kelonggaran untuk bercuti.

Begitu juga dengan Rain, dia sering mendapat cuti untuk keluar menunaikan tanggunggjawabnya sebagai seorang selebriti.

Artikel Lain