suria

Liam Hemsworth & Miley Cyrus Kahwin Dalam Diam?

BARU sahaja bertunang pada awal tahun 2012, khabar baru mengatakan Liam Hemsworth dan Miley Cyrus sudah pun berkahwin dalam diam.

Menurut laporan DigitalSpy, khabar angin itu muncul apabila foto Miley beraksi dengan kostum harimau bintang pada sambutan Krismas yang diletakkan dalam Twitter milik Miley menimbulkan kemusykilan.

Pada foto berkenaan, penyanyi berusia 19 tahun itu dilihat mengenakan dua cincin, di mana salah satunya adalah cincin pertunangannya dengan Liam manakala yang satu lagi berkemungkinan besar adalah cincin perkahwinan Miley.

Seperti Miley, jari manis Liam turut memakai cincin baru yang jelas dilihat ketika pasangan itu beraksi bersama dalam entri foto berikutnya.

Sebelum ini Miley pernah mengatakan dia ingin berkahwin secepat mungkin. Namun baik Liam mahupun Miley tidak pernah memberitahu bila mereka bakal menamatkan zaman solo mereka.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain