suria

Saif Ali Khan Buang Tabiat Merokok & Kaki Minum

Saif Ali Khan nekad berhenti merokok dan minum arak.
Saif Ali Khan nekad berhenti merokok dan minum arak.
Saif Ali Khan nekad berhenti merokok dan minum arak.

SEJAK mendirikan rumah tangga bersama Kareena Kapoor, aktor Saif Ali Khan membuat perubahan drastik dalam hidupnya apabila dia nekad tidak mengamalkan tabiatnya yang kuat merokok dan 'kaki minum'.

Menurut laporan portal One India, Saif berkata dia ingin mengubah cara hidupnya yang lebih sihat dan pada masa sama enggan dilihat tua berbanding usia gara-gara tabiat buruknya itu.

"Saya dah tak mahu minum setengah botol Wisky lalu esoknya muka saya seperti lelaki berusia 50 tahun. Saya dah jadi anti merokok dan anti minum," katanya.

Difahamkan, pelakon berusia 42 tahun itu berbuat demikian kerana dipaksa oleh Kareena namun saat diminta mengulas tentang hal itu, Saif enggan memberi komen.

Selain berhenti merokok dan minum, Saif juga mengakui dia kini lebih suka menghabiskan masanya di rumah bersama isteri selain membaca buku.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain