suria

Victoria Beckham Anggap Diri Tak Laku Ketika Remaja

Victoria Beckham
Victoria Beckham
Victoria Beckham

VICTORIA Beckham merupakan salah seorang selebriti yang sering menjadi perhatian dan membuatkan ramai wanita yang mencemburui dengan kecantikannya.

Walaubagaimanapun, pasti ada yang terkejut apabila wanita seksi itu mendedahkan tidak ada lelaki pun yang ingin mendekatinya walaupun dirinya berada di puncak populariti bersama kumpulan Spice Girls.

"Ada sesetang wanita yang ingin menjadi seperti kami (Spice Girls) dan semua lelaki ingin cuba mendekati kami.

"Tetapi, tak semua yang ingin menjalinkan hubungan dengan saya," katanya kepada portal Contactmusic.

Tambah ibu kepada empat orang anak itu, dia berasa sangat rendah diri dan tidak laku di mata lelaki-lelaki di luar snaa.

Ternyata fikiran Victoria tersilap apabila dia mampu membuktikan bahawa dirinya masih lagi berharga dengan kehadiran pemain bola sepak England, David Beckham.

Malah dia kini lebih bahagia membina keluarga bersama suami serta anak-anaknya iaitu - Brooklyn, Romeo, Cruz dan harper Seven.

Artikel Sebelum

Artikel Lain