suria

Psy Beli Rumah RM3.8 Juta Secara Tunai

Psy
Psy
Psy

SEOUL: Penyanyi dan komposer Psy yang mencipta fenomena dunia menerusi lagu Gangnam Style dilaporkan baharu membeli sebuah kondominium bernilai RM3.8juta (AS$1.25juta) di kawasan kediaman elit Beverly Hills, Amerika Syarikat.

Portal AllKPop pada Jumaat melaporkan, bintang dari Korea Selatan itu melakukan transaksi pembeli kondominium mewah itu secara tunai dengan ditemani beberapa pengawal peribadi.

Apartmen yang terletak di kawasan kompleks Blair House itu memiliki dua bilik tidur dengan keluasan 250 meter persegi.

Difahamkan, Psy memperoleh pendapatan berjumlah RM24.5j (AS$8 juta) kerana populariti lagu itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain