Kontroversi Hidup Hattan Beri Kesan Kepada Anak - Hiburan | mStar

Kontroversi Hidup Hattan Beri Kesan Kepada Anak

Hattan enggan memalukan anaknya, Adam, dengan berita-berita sensasinya.
Hattan enggan memalukan anaknya, Adam, dengan berita-berita sensasinya.

SHAH ALAM: Penyanyi terkenal, Datuk Hattan mengakui berita mengenai hal penceraian dan gosip cinta mengenainya telah menyebabkan emosi anak lelakinya, Adam Eiman, 14, terjejas.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin berkata, keadaan itu berlaku apabila anaknya sering disoal guru sekolah dan diejek segelintir murid-murid sehingga membuatkan anaknya itu berasa malu dengan kontroversi tersebut.

"Kesian juga dengan dia (Adam). Disebabkan saya, Adam diejek kawan-kawan sekolah. Bukan setakat kawan-kawan, cikgu pun bertanya juga.

"Setiap berita dan kontroversi yang dikeluarkan benar-benar mengganggu emosi dia.

"Sampaikan dia cakap 'Adam malulah dengan kawan-kawan'..." katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Hattan berkata, selepas dua kali gagal dalam alam rumah tangga, perasaannya menjadi lebih risau.

Bagaimanapun, jauh di sudut hatinya, dia menginginkan seorang wanita yang dapat menjadi pelengkap dalam hidupnya.

"Seperti semua tahu, saya dah malas nak cari sesiapa untuk dijadikan isteri. tetapi siapa yang tak mahu beristeri bukan?

"Malah setiap hari selepas melakukan solat, saya minta kepada Allah supaya dijodohkan dengan wanita yang sesuai.

"Rasa sayu sahaja apabila melihat orang lain yang bahagia bersama keluarga, pergi bercuti di hujung tahun, manakala saya dan Adam terkontang-kanting bercuti berdua sahaja. Saya hanya inginkan sebuah keluarga yang lengkap," tuturnya.

Dalam pada itu, Hattan mengakui hubungannya dengan bekas isteri pertamanya iaitu Arianie Mohd Abidin masih rapat sebagai rakan baik demi kepentingan anak lelaki mereka itu.

Hattan dan Arianie berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Beliau juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah pada 12 Januari lalu iaitu dua bulan selepas bergelar suami-isteri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa