suria

Lindsay Lohan Tidak Mampu Bayar Rawatan Psikologi

Lindsay Lohan
Lindsay Lohan
Lindsay Lohan

AKTRES bermasalah Lindsay Lohan dikatakan memerlukan pakar psikologi bagi mengubati gangguan mental yang dihadapinya.

Menurut laporan portal Contactmusic, pelakon berusia 26 tahun itu telah bersetuju untuk mendapatkan pakar psikologi tetapi tidak mempunyai wang untuk menanggung kos itu.

"Sejak Lindsay keluar masuk penjara, dia telah mengalami sedikit gangguan mental dan dia sangat memerlukan pakar psikiatri untuk merawatnya.

"Bagaimanapun Lindsay tidak berduit lagi seperti dahulu. Dia tidak mampu untuk menanggung kos rawatan tersebut," kata sumber.

Tambah sumber itu, Lindsay memerlukan RM750 hingga RM900 untuk kos rawatan bagi tempoh sejam sahaja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain